Tuesday, September 9, 2008

ANDA TAHU ISLAM ANDA BERMASALAH BILA.....

"...Perkara terakhir anda pelajari tentang Islam, Al Qur’an atau Jihad adalah melalui CNN.. atau hanya di kaca tv……
bila semua perbualan anda dengan kawan2 hanyalah berkaitan dengan teman lelaki/ perempuan anda atau movies, atau lelaki/wanita dalam movies sahaja…
atau banyak tentang artis……anda menghabiskan banyak masa di luar rumah/ di night club pada bulan Ramadhan dari berada di masjid..…
anda mempunyai masa untuk menonton 3 movies seminggu tetapi sukar untuk melakukan sembahyang mengikut waktunya.…
bahawa terjemahan al Qur’an anda masih berada di tempat yang sama di atas para teratas sejak Ramadhan yang lepas.…
anda mendengar suara hati anda dalam keadaan yang sunyi sama dengan semasa anda mendengar lagu kegemaran anda.…
anda tak ingat bila anda bertanya seseorang tentang Islam.. sesuatu yang anda tak faham tentang Islam.…
anda tidak mengenali sesiapa yang anda dapat memberi salam tanpa rasa malu.… merasa perasaan yang Allah melihat setiap perkara yang anda buat sekadar sambil lewa saja..
anda tidak merasa gerun.…anda masih bersedia untuk menerima panggilan telefon pada pukul 2 a.m.…
anda sekadar memberi harapan untuk memasuki syurga tetapi tidak betul2 bersungguh dengan amalan yang anda telah lakukan… sekadar mengharap kasih sayang Allah..…bila anda ingin sesuatu dalam hidup, anda sekadar berharap dan berfantasi.. dan berkata “aku harap..”…anda tidak dapat fikirkan kenapa anda tak rasa bahagia jauh di sudut hati.. dan mengapa tidak ada sesuatu yang baik hingga ke akhirnya (mesti akan berakhir).…
bila ada kejadian buruk atau sedih anda merasa sangat seorang diri..tiada tempat untuk mengadu.. anda tidak merasa Allah bersama anda..…anda tidak mengingati Rasulullah saw sekurang-kurang sekali sehari.. berselawat kepadanya.…rakan anda tidak pernah menegur anda tentang keburukan diri anda, begitu juga sebaliknya.…bila anda mendengar seseorang Muslim di negara lain meninggal, anda merasakan ianya sebahagian dari politik.. dan anda tak merasa apa-apa..…
kawan yang paling baik dengan anda adalah jantina yang berlainan dengan anda padahal anda bukan isteri atau suaminya……
anda tidak ada motivasi dalam diri untuk menukar cara hidup anda kepada yang lebih baik..…bila anda diberitahu akan kesilapan anda, anda hanya berkata “ inilah diri saya.. jangan campur urusan saya..”…
apabila mendengar al-Quran, anda tidak rasa bersalah dan tak rasa apa-apa..…anda tidak pernah ambil kisah samaada anda masuk syurga atau neraka kerana merasakan tiada siapa pun tahu tentang perkara ini.. dan anda bersikap sambil lewa.…
anda bersetuju dengan semua teori yang diajar oleh professor Philosophy anda di kelas… walaupun kadang2 bertentangan dengan prinsip Islam..…
anda ingin menjelajah seluruh dunia satu hari, tapi Mekah tidak termasuk salah satu dari tempatnya……keluarga anda membenci anda dan pernah mengatakan begitu kepada anda..…anda membaca horoskop dan mempercayainya tetapi tidak pernah melakukan solat istikharah

anda tidak pernah merasa menyesal atas kesilapan anda dan menangis kerana Allah.…pengalaman buruk anda dengan orang Islam menghalang anda dari mendekati Islam dan orang Islam… dan anda membiarkan keadaan itu..
Tanyalah diri kita.. dan nilailah takat mana Islam kita……orang beriman… bila disebut nama ALLAH gementarlah hati mereka."

No comments: